About Me

My photo
diriku...seorang yang sukar didekati bagi yang kurang mengenali tetapi sangat mudah digauli jika bersama teman-teman...:)

Friday, January 7, 2011

sahabatku yang disayangi...:-)

Dalam dunia ni semua orang perlukan kawan atau sahabat...begitu juga dengan aku.Tanpa kawan hidup ni sunyi sangat....Hidup bersendirian umpama hidop dalam kegelapan....kawan/sahabat itulah yang memberi sinar dan cahaya dalam hidup kita....panjang lak mukadimah aku ni heheheheh...:-p
Aku ada seorang kawan baik yang sangat2 aku sayang...die sentiase berada bersama aku walaupun aku dalam kesusahan.Dia seorang kawan yang sangat memahami aku.Persahabatan yang terjalin selama 7 tahun ini tetap terjalin dengan utuh kerana persefahaman yang telah dibina antara kami....
Inilah sahabat yang aku maksudkan...Nama beliau Noor Haslinda Ameran.Aku mengenali dia semenjak kami di tingkatan 1.Kemesraan mula terjalin ketika hujung tahun setelah tamat peperiksaan akhir tahun tingkatan 1.Kami mula mesra apabila sekolah mengadakan tayangan filem di dewan sekolah.Mulanya aku tidak berasa selesa dengan dia kerana aku pernah mempunyai tanggapan bahawa dia seorang yang manja(ala2 gedik)....Tapi setelah berborak dan berkongsi cerita, barulah aku tahu bahawa dia seorang yang sangat baik dan lembut orangnya.Berlainan dengan sikap aku yang agak kasar walaupon pendiam.Kami leka berbual dan berborak, aku berasa sangat selesa dengan sikapnya yang ramah itu.Dia pernah mengingatkan aku supaya duduk bersebelahan dalam kelas tahun depan.Masa berlalu dan kami di tingkatan 2.Kami sekelas dan duduk bersebelahan.Kami mengambil peluang ini untuk lebih mengenali antara satu sama lain.
Kami semakin rapat dan berkongsi rahsia masing-masing.Dia selalu meluahkan perasaan pada aku termasuklah perasaan minat dia terhadap seseorang.Kami berjanji untuk menyimpan rahsia masing2 sampai bila2....Dia selalu membantu aku didalam pelajaran.Dia memberi aku motivasi untuk lebih bersemangat untuk belajar.Kami sering mengulangkaji bersama.Kami selalu menghabiskan waktu rehat di sekolah dengan lepak bersama dan bercerita. Pernah suatu ketika kami mengalami kedukaan secara serentak dimana aku kehilangan ayah tercinta manakala dia kehilangan rumah dimana rumahnya terlibat dalam kebakaran.Kami sentiasa beri sokongan antara satu sama lain diatas musibah yang kami berdua alami.Kami mempunyai banyak persamaan dalam segala hal.Itulah yang makin mengakrabkan kami.Pernah aku diejek dan ditertawakan oleh kawan2 kami tapi dia hanya berdiam sahaja.Aku bertanya kenapa dia tak ketawa , dia menjawab aku tak suka orang yang mentertawakan sahabat sendiri.Di situ aku tahu bahawa sememangnya dia sahabat sejati.Tahun demi tahun persahabatan kami kekal utuh sehinggalah tamat persekolahan.Dia menyambung pelajarannya di politeknik shah alam.Manakala aku bekerja sementara menunggu tawaran belajar.Tapi takdir masih mahu kami bersama lalu aku diterima masuk ke politeknik shah alam dimana tempat beliau belajar.Kini aku di semester 4 manakala dia di semester akhir.Kalau nak diikutkan banyak lagi jasa yang dia taburkan pada aku termasuklah menumpangkan aku untuk pulang kerumah daripada kamsis dengan keretanya.Aku berharap sangat persahabatan kami ni akan kekal sehingga kami masing2 berumahtangga.
                                                       "AKU SAYANG KAU LINDA"
                                                KAU SAHABAT AKU DUNIA AKHIRAT...

No comments:

Post a Comment

MY CUT!E BAMBAM------>EzoRA LOvER(ToPEK MuSA)

MY CUT!E BAMBAM------>EzoRA LOvER(ToPEK MuSA)

MY BFF----->c!K L!NDa AMeRaN....^_^

MY BFF----->c!K L!NDa AMeRaN....^_^

MY CUT!E BEAR------>PoTEk....^_^

MY CUT!E BEAR------>PoTEk....^_^